Xiaomi Mi 9 SE Dengan Cipset Snapdragon 712 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 April 2019 Comments Off on Xiaomi Mi 9 SE Dengan Cipset Snapdragon 712 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 April 2019

Xiaomi Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi varian daripada siri Mi 9 apabila telah mengesahkan untuk melancarkan model Mi 9 SE secara rasmi di negara ini pada 30 April 2019 nanti. Berdasarkan perkongsian di Twitter, Xiaomi Malaysia akan melancarkan Mi 9 SE melalui penstriman langsung bermula jam 9 malam pada tarikh tersebut.

Mi 9 SE merupakan telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 712, dan akan dioperasikan oleh antaramuka MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie. Didatangkan dalam saiz paparan skrin AMOLED berukuran 5.97 inci FHD+, ia turut menyokong konfigurasi memori 6GB + 128GB.

Keupayaan penggambarannya juga tidak kurang hebat dengan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.75) + 8MP (f/2.4, telefoto) + 13MP (f/2.4, Ultra Wide Angle), dan kamera depan 20MP. Hadir dengan bateri berkapasiti 3070 mAh, Mi 9 SE turut menyokong teknologi pengecasan pantas 18W.

Lebih menariknya, peminat yang menonton acara itu akan turut berpeluang memenangi edisi istimewa Mi 9 SE Brown Bear Edition Set. Jadi pastikan korang menonton majlis pelancaran Mi 9 SE untuk menjadi yang bertuah untuk memiliki edisi istimewa tersebut.

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 SE Jadi Telefon Pintar Pertama Guna Cip Snapdragon 712 Selain Tri Kamera Belakang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend