Xiaomi Mi 9 Lite Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada 1 November – Bermula RM1199 Comments Off on Xiaomi Mi 9 Lite Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada 1 November – Bermula RM1199 234

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan ahli baharu dalam keluarga Mi 9 di Malaysia. Telefon pintar yang dimaksudkan ialah Xiaomi Mi 9 Lite. Ia dilengkapi konfigurasi kamera bertaraf mercu menampilkan kamera belakang 48MP dan kamera depan 32MP. Peranti yang dibekalkan pengimbas cap jari dalam skrin ini memiliki bateri sebesar 4030mAh dan akan mula dijual di Malaysia pada 1 November 2019.

Harga ditawarkan adalah RM1199 untuk 6GB+64B manakala versi 6GB+128GB berharga RM1299. Xiaomi Mi 9 Lite boleh didapati di semua Mi Store seluruh negara, Lazada, dan Shopee dengan pilihan warna Pearl White, Aurora Blue, atau Onyx Grey.

Dalam menyambut kedatangan Mi 9 Lite di Malaysia, pihak Xioami dengan kolaberasi Hermo MY turut akan mengadakan promosi istimewa pada 1 November 2019 yang mana setiap pembelian Mi 9 Lite, pelanggan akan menerima baucar percuma Hermo MY bernilai RM100.

Berikut adalah Mi Store yang mengambil bahagian dalam promosi istimewa ini:

  • Mi Store Bukit Tinggi.
  • Mi Store One Utama.
  • Mi Store Mid Valley.
  • Mi Store KLCC.
  • Mi Store Pavilion.
  • Mi Store D’Pulze.
  • Mi Store Aman Central.
  • Mi Store Sunway Carnival.
  • Mi Store Queensbay Mall.
  • Mi Store Ipoh Parade.
  • Mi Store Suria Sabah.
  • Mi Store The Spring.
  • Mi Store Mid Valley South Key
  • Mi Store KB Mall.
  • Mi Store Kuantan City Mall.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend