Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin Comments Off on Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin 854

Tampil dengan sokongan tiga kamera AI, DxOMark yang menjadi penanda aras untuk keupayaan penggambaran telefon pintar hari ini telah mendedahkan keputusan yang diperolehi oleh peranti mercu terbaru iaitu Xiaomi Mi 9.

Mencatatkan skor sebanyak 107 poin, Xiaomi Mi 9 kini mendudukan tempat ketiga di belakang Huawei Mate 20 Pro dan Huawei P20 Pro yang masing-masing mencatatkan skor sebanyak 109 poin. Jika dilihat pada pecahan skor untuk kamera, Xiaomi Mi 9 memiliki 112 poin dan skor untuk rakaman video pula sebanyak 99 poin.

Apa yang menariknya, Xiaomi Mi 9 buat pertama kalinya telah berjaya dalam kelompok tiga teratas sebagai telefon pintar dengan keupayaan kamera terbaik. Bahkan ia dilihat telah berjaya menyingkirkan iPhone XS Max dengan 105 poin, dan juga HTC U12+, Samsung Galaxy Note 9 dan Xiaomi Mi MIX 3 yang masing-masing mencatatkan 103 poin.

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend