Xiaomi Mi 9 Habis Terjual Dalam Tempoh Hanya 53 Saat Dalam Jualan Pertamanya Di China Comments Off on Xiaomi Mi 9 Habis Terjual Dalam Tempoh Hanya 53 Saat Dalam Jualan Pertamanya Di China 618

Dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas, Xiaomi Mi 9 menjanjikan nilai belian yang sangat berbaloi kerana ia menyokong spesifikasi yang sangat berkuasa pada harga yang sangat kompetitif berbanding pesaingnya. Perkara ini jelas terbukti apabila lebih daripada 1 juta pra-tempah telah didaftarkan dalam tempoh 24 jam di laman rasmi JD.com.

Apa yang lebih mengejutkan, pada hari pertama jualannya yang berlangsung jam 10 pagi tadi, kesemua unit yang ditawarkan telah habis terjual dalam tempoh hanya 53 saat sahaja. Bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap Xiaomi Mi 9, Xiaomi bakal mengadakan jualan kedua pada 5 Mac nanti bermula jam 10 pagi.

Xiaomi Mi 9 merupakan antara telefon pintar terawal yang dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, dan yang pertama di dunia hadir dengan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar mencecah 20W. Peranti mercu daripada Xiaomi ini juga menyokong paparan skrin AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+, dilindungi dengan panel Corning Gorilla Glass 6, dan juga tiga kamera beresolusi 48MP Sony IMX586 + 16MP (Ultra Wide Angle) + 12MP (Telephoto).

Sumber

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin

Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend