Xiaomi Mi 9 Dilihat Menampilkan Rekaan Takuk Lebih Lebar Berasaskan Perisian Comments Off on Xiaomi Mi 9 Dilihat Menampilkan Rekaan Takuk Lebih Lebar Berasaskan Perisian 332

Xiaomi sebelum ini telahpun melancarkan telefon pintar mercunya iaitu Mi 9 di China pada hujung bulan Februari yang lalu, dan sebagaimana yang diketahui ia menampilkan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air.

Namun begitu, @rquandt baru-baru ini ada berkongsi bahawa rekaan takuk pada Xiaomi Mi 9 ini sebenarnya kelihatan berbeza ketika paparan skrin dipadam dan dihidupkan. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, takuk asal kelihatan seperti huruf U apabila skrin dipadam, tetapi apabila skrin dinyalakan rekaan takuk berasaskan perisian akan kelihatan sedikit lebar berbanding asal.

Rekaan takuk kelihatan lebih lebar apabila skrin dinyalakan.

Pendekatan rekaan takuk berasaskan perisian ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Xiaomi selepas ramai di antara pemilik peranti itu yang merungut tentang rekaan takuk berbentuk U yang kelihatan kurang menarik untuk dipandang. Disebabkan oleh itulah Xiaomi telah menawarkan kemas kini yang menampilkan rekaan takuk lebih lebar yang mirip seperti takuk pada model OnePlus 6T.

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 855 Dan Tiga Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend