Xiaomi Mi 9 Dengan Kerangka Emas 24k Akan Diperkenalkan Dalam Tiga Rekaan Edisi Terhad Comments Off on Xiaomi Mi 9 Dengan Kerangka Emas 24k Akan Diperkenalkan Dalam Tiga Rekaan Edisi Terhad

Pengeluar sarung pelindung dan juga iPhone edisi terhad yang popular dengan produk mewah keluarannya iaitu Golden Concept, baru-baru ini telah mengumumkan akan hadir dengan satu lagi edisi mewah berasaskan model Xiaomi Mi 9.

Berdasarkan pendedahan imej yang dikongsikan di laman Instagram Golden Concept, mereka akan menghasilkan edisi terhad Xiaomi Mi 9 dengan menampilkan panel belakang yang diperbuat daripada emas 24k. Menariknya mereka akan memperkenalkan tiga rekaan berbeza yang menampilkan ukiran harimau, naga dan juga ikan emas.

Namun begitu, ada di antara netizen yang mengajukan pertanyaan sama ada fungsi NFC dan juga pengecasan tanpa wayar masih boleh digunakan ataupun tidak pada kerangka belakang yang diperbuat daripada emas. Tetapi pertanyaan itu mendapat pencerahan lanjut daripada pengeluar tersebut.

sumber

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Dengan Snapdragon 855, Tiga Kamera AI 48MP dan Pengecasan Tanpa Wayar 20W Kini Rasmi – Harga Bermula RM1,699

Xiaomi Mi 9 128GB Kini Boleh Dimiliki Melalui Pelan Maxis Zerolution Dengan Harga Serendah RM45/bulan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend