Xiaomi Mi 9 Bakal Dilancarkan Februari Ini Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Comments Off on Xiaomi Mi 9 Bakal Dilancarkan Februari Ini Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Khabar angin berhubung kemunculan peranti mercu Xiaomi Mi 9 sebelum ini pernah diperkatakan seawal Januari yang lalu, dan model ini dilaporkan akan menyokong paparan skrin berukuran 6.4 inci AMOLED dengan rekaan takuk yang lebih kecil berbanding siri Mi 8. Ia juga dikatakan akan dijana oleh cip Snapdragon 855 serta bateri berkapasiti 3,500 mAh dengan pengecasan pantas 32W.

Imej pengolokan Xiaomi Mi 9 yang dikongsikan oleh Ben Geskin sebelum ini.

Sekurang-kurangnya melalui ketirisan imej poster Xiaomi Mi 9 yang telah diperolehi daripada blog Weibo di China, beberapa spesifikasi awal peranti ini telah berjaya disahkan. Ini termasuklah sokongan pengimbas cap jari pada skrin, dan juga kehadiran tiga kamera dengan rekaan kamera mirip seperti Huawei P20 Pro.

Bahkan CEO Xiaomi sendiri sebelum ini pernah mengesahkan sokongan teknologi pengecasan pantas pada Xiaomi Mi 9, dan ia dipercayai mungkin menyokong output pengecasan 24W atau lebih. Apa yang lebih menariknya, Xiaomi Mi 9 juga berkemungkinan besar akan dilancarkan sehari sebelum siri Samsung Galaxy S10 dilancarkan iaitu pada 19 Februari nanti.

Baca juga:

Spesifikasi Xiaomi Mi 9 Mungkin Hadir Dengan Snapdragon 855, Kamera 48MP, Pengecasan Pantas 32W

Xiaomi Umum Sensor Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Yang Lebih Baik Berbanding Teknologi Sedia Ada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend