Xiaomi Mi 9 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada 20 Februari 2019 Comments Off on Xiaomi Mi 9 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada 20 Februari 2019 470

Kini telah disahkan bahawa Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar mercunya secara rasmi di China pada minggu depan iaitu 20 Februari 2019. Pengumuman tarikh pelancaran rasmi ini telah disahkan melalui jemputan media yang telah berjaya dikongsikan oleh peniris maklumat popular iaitu IceUniverse.

Berdasarkan ketirisan spesifikasi yang diperolehi, Xiaomi Mi 9 akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, dioperasikan oleh Android 9.0 Pie (versi MIUI masih belum diketahui), dan dijangka akan diperkenalkan dalam tiga varian iaitu 6GB + 128GB, 8GB + 128GB serta 8GB + 256GB.

Dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED berukuran 6.4 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel), Xiaomi Mi 9 turut menyokong teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin, teknologi pengecasan pantas 32W, kamera swafoto 25MP, dan juga tiga kamera utama dengan konfigurasi 48MP + 12MP + ToF (Time-of-Flight).

Apa yang pasti, tarikh pelancaran Xiaomi Mi 9 ini telah dijadualkan serentak dengan hari pelancaran rasmi telefon pintar mercu Samsung iaitu siri Galaxy S10. Jadi antara kedua-dua jenama ini, pelancaran rasmi model manakah yang akan menarik perhatian anda nanti?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend