Xiaomi Mi 9 128GB Kini Boleh Dimiliki Melalui Pelan Maxis Zerolution Dengan Harga Serendah RM45/bulan Comments Off on Xiaomi Mi 9 128GB Kini Boleh Dimiliki Melalui Pelan Maxis Zerolution Dengan Harga Serendah RM45/bulan 467

Dilancarkan secara rasmi pada awal April yang lalu, Xiaomi Mi 9 varian 128GB ini sudahpun ditawarkan melalui pelan Maxis Zerolution ataupun kontrak normal bermula hari ini (10 Mei 2019). Penawaran telefon pintar mercu terbaharu daripada Xiaomi ini boleh dimiliki melalui semua kedai Maxis dan juga kedai atas talian Maxis.

Pemilikan Xiaomi Mi 9 (128GB) melalui pelan Maxis Zerolution akan menjanjikan penjimatan sehingga 46% dengan bayaran ansuran bulanan, tanpa dikenakan sebarang kadar bunga (0%) dan juga bayaran pendahuluan. Malah pelanggan juga boleh memilikinya tanpa perlu menggunakan kad kredit.

Pelan Maxis Zerolution – Xiaomi Mi 9 (6GB + 128GB):

Pelan Kontrak Normal Maxis – Xiaomi Mi 9 (6GB + 128GB):

Terdapat dua pilihan warna boleh dipilih untuk Xiaomi Mi 9 iaitu biru atau hitam, dan setiap pembelian melalui pelan yang ditawarkan oleh Maxis, telefon pintar anda juga akan turut menerima perlindungan percuma untuk tempoh tiga bulan yang ditawarkan oleh ‘Maxis SafeDevice’.

Xiaomi Mi 9 menyokong Snapdragon 855, RAM 6GB, ruang storan 64GB/128GB, paparan skrin AMOLED berukuran 6.39 inci FHD+, pengimbas cap hari dalam skrin, tiga kamera AI 48MP + 16MP (Ultra Wide Angle) + 12MP (Telefoto) dan bateri berkapasiti 3300 mAh dengan teknologi pengecasan pantas sehingga 27W serta pengecasan tanpa wayar 20W.

Baca juga:

Xiaomi Mi 9 Dengan Snapdragon 855, Tiga Kamera AI 48MP dan Pengecasan Tanpa Wayar 20W Kini Rasmi – Harga Bermula RM1,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend