Xiaomi Mi 8 Youth Dengan Sokongan Snapdragon 710 Mungkin Hadir Dalam Warna Dua Tona Comments Off on Xiaomi Mi 8 Youth Dengan Sokongan Snapdragon 710 Mungkin Hadir Dalam Warna Dua Tona

Sebelum ini spesifikasi Xiaomi Mi 8 Youth telahpun tertiris di Internet apabila ada individu dari China telah mendedahkannya kepada umum. Melalui imej yang dikongsikan itu, Mi 8 Youth akan menjadi peranti kedua daripada Xiaomi yang akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710, selepas model Mi 8 SE.

 

Mi 8 Youth juga dipercayai akan menyokong skrin berukuran 6.26 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel), RAM berkapasiti 6GB, kamera hadapan 24MP dan juga bateri berkapasiti 3350 mAh. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada imej itu telah dikaburkan, sekaligus menyebabkan sokongan dwi lensa masih belum dapat disahkan, tetapi salah satu daripada lensa itu disahkan beresolusi 12MP.

Melalui pendedahan terbaru oleh pengguna di India, Mi 8 Youth dipercayai akan hadir dalam tiga varian iaitu 4GB + 64GB, 6GB + 64GB dan juga 6GB + 128GB. Terdapat tiga pilihan warna yang akan ditawarkan iaitu Space Gray, Gold dan juga Blue. Apa yang menariknya, ketirisan gambar peranti misteri yang dipegang oleh duta Xiaomi iaitu Kris Wu yang dipercayai Xiaomi Mi 8 Youth ini jelas memperlihatkan sokongan warna dua tona.

Walaupun harga jualan Mi 8 Youth masih lagi belum diketahui, ada pihak yang mendedahkan bahawa ia mungkin akan dijual pada harga CNY1,999 (kira-kira RM1,208). Ia juga dijangka akan dilancarkan tidak lama iaitu sama ada 18 atau 19 September nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend