Xiaomi Mi 8 Pro Berharga RM2,399 Dan Mi 8 Lite Berharga RM999 Akan Dijual Bermula Esok 0 250

Xiaomi Malaysia sebelum ini telah dilaporkan akan mula membuka satu lagi Mi Authorised Store di Pavilion, Kuala Lumpur pada esok hari (10 November 2018). Selain pembukaan rasmi kedai fizikalnya itu, Xiaomi Malaysia hari ini turut mengumumkan ketersediaan jualan dua lagi model terbaharunya dari siri Mi 8 dengan kemunculan model Mi 8 Pro dan juga Mi 8 Lite.

Xiaomi Mi 8 Pro

Dikategorikan sebagai telefon pintar flagship, Mi 8 Pro telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang tampil dengan rekaan panel belakang kaca lut sinar. Sama seperti model Mi 8, ia turut dilengkapi dengan dwi kamera AI beresolusi 12MP + 12MP yang menyokong keupayaan 2x zum optikal.

 

Hadir dalam warna Transparent Titanium dengan konfigurasi memori 8GB + 128GB, Mi 8 Pro ini akan dijual pada harga RM2,399 bermula 10 November ini di semua Authorised Mi Stores.

Xiaomi Mi 8 Lite

Sungguhpun Mi 8 Lite boleh dikategorikan sebagai varian paling rendah dalam siri Mi 8, ia masih mampu menjanjikan keistimewaan tersendiri melalui penawaran warna dua tona yang pertama pada peranti keluaran Xiaomi. Mi 8 Lite juga dilengkapi dengan paparan skrin 6.26 inci FHD+ (2246 x 1080 piksel) daripada Corning Gorilla Glass 5.

Mi 8 Lite yang memiliki kamera swafoto beresolusi 24MP dengan sokongan lensa Sony IMX576 ini ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Aurora Blue dan juga Midnight Black. Varian 4GB + 64GB yang dijual pada harga RM999 boleh dimiliki bermula esok (10 November 2018) di Shopee Mi Official Store, dan ia juga boleh dimiliki di Lazada Xiaomi Flagship Store pada 11 November 2018.

Mi 8 Lite varian 6GB + 128GB pula akan dijual pada harga RM1,299 secara eksklusif di Authorised Mi Stores.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend