Xiaomi Mi 8 Lite Bakal Terima Mod Penggambaran Malam Comments Off on Xiaomi Mi 8 Lite Bakal Terima Mod Penggambaran Malam 343

Xiaomi Mi 8 Lite merupakan peranti bongsu daripada siri Mi 8 dan ia sudahpun berada di pasaran tempatan sejak November 2018. Selain dijual pada harga RM999 sebuah, peranti ini menawarkan spesifikasi pertengahan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660.

Ciri lain yang turut diketengahkan ialah sistem dwi kamera utama yang menampilkan sensor 12MP + 5MP. Walaupun diberi bantuan AI untuk penggambaran, kamera Mi 8 Lite masih lagi kekurangan daripada segi penggambaran malam. Bagaimanapun masalah ini bakal berakhir dengan adanya mod malam tidak lama lagi.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Xiaomi, Chuan Wang dalam perkongsian beliau baru-baru ini. Wang berkata, jurutera Xiaomi kini bertungkus lumus menyediakan mod malam seperti Mi Mix 3 pada peranti Mi 8 Lite mereka.

Kita juga boleh mengambil contoh daripada Redmi Note 7. Peranti ini menyediakan mod malam walaupun cipset yang digunakan hanya di bawah kelas pertengahan (14nm). Jadi, tidak mustahil untuk Xiaomi melakukan perkara yang sama pada peranti kelas pertengahan mereka.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend