Xiaomi Mi 8 Kini Dilancarkan Dalam Varian 8GB + 128GB Untuk Pasaran Di China Comments Off on Xiaomi Mi 8 Kini Dilancarkan Dalam Varian 8GB + 128GB Untuk Pasaran Di China

Xiaomi Malaysia baru sahaja mengumumkan ketersediaan model Xiaomi Mi 8 untuk pasaran tempatan yang akan mula dijual bermula minggu depan iaitu 16 Ogos 2018 nanti. Sebagaimana yang kita ketahui, Xiaomi Mi 8 telah diperkenalkan dalam tiga ruang storan berbeza iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB. Manakala sokongan kapasiti RAM untuk ketiga-tiga varian ini dikekalkan sama iaitu 6GB.

Baru-baru ini dalam diam-diam Xiaomi nampaknya telah memperkenalkan satu lagi varian untuk model Mi 8 dengan kombinasi 8GB + 128GB. Lebih menariknya, harga jualan untuk varian baharu ini akan dijual pada harga yang sama seperti varian 6GB + 256GB iaitu CNY3,299 (kira-kira RM1,963).

Sebagai rujukan, harga jualan Xiaomi Mi 8 di Malaysia adalah RM1,599 untuk varian 6GB + 64GB dan RM1,899 untuk varian 6GB + 128GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend