Xiaomi Mi 8 Dengan Memori 6GB+64GB Berharga RM1,599 Mula Dijual Hari Ini Di.. Comments Off on Xiaomi Mi 8 Dengan Memori 6GB+64GB Berharga RM1,599 Mula Dijual Hari Ini Di..

Seperti yang dijadualkan, hari ini Xiaomi Mi 8 sudah mula dijual di pasaran tempatan. Bagi sesiapa yang bercadang untuk mendapatkan peranti kelas induk daripada Xiaomi, kini anda boleh mendapatkannya secara dalam talian eksklusif di LazMall, Lazada.

Xiaomi Mi 8 versi 6GB RAM dan 64GB storan ditawarkan pada harga RM1,599 dengan dua pilihan warna hitam dan biru. Setiap pembelian Mi 8, anda akan menerima pen Xiaomi Mi Aluminium bernilai RM23 secara percuma. Selain daripada itu, pelan ansuran bulanan serendah RM133.35 sebulan turut ditawarkan bersama.

Spesifikasi

  • MIUI 10 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6GB RAM / 64GB ROM
  • 6.21″ AMOLED FHD+ (2248 x 1080) (HDR10, DCI-P3)
  • 154.9 x 74.8 x 7.6mm / 175g
  • 12MP (1.4μm, f/1.8, Dual Pixel, OIS) + 12MP (f/2.4, 2x zum optikal)
  • 20MP (1.8μm, f/1.8)
  • 3,400mAh (Quick Charge 4.0)
  • Bluetooth 5.0, USB Type-C

Beli Xiaomi Mi 8: Lazada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend