
Mungkin ini berita baik kepada para pengguna Xiaomi Mi 8 dan Mi 8 Pro kerana Xiaomi baru sahaja mengesahkan sembilan fungsi yang ada pada Mi 9 akan ditawarkan kepada pengguna dua peranti tersebut.
Antara fungsi yang disebutkan adalah:
- Mod Game Turbo
- Mod Mi Turbo
- Mod Gelap
- Animasi pengecasan terbaharu
- Paparan skrin terbaharu
- Skim pengoptimuman kuasa Mi 9
- Kad bas percuma 1 tahun
- Ciri pintasan pengimbas cap jari dalam skrin
- Wallpaper desktop baharu
Menurut laman rasmi, kesemua fungsi di atas masih lagi di dalam versi pembangunan malah kata Ketua Pengurus MIUI, Xiaofan “Semua ciri ini bukan hanya ditawarkan pada Mi 8 Pro tetapi untuk semua siri Mi 8.“.
Seperti apa yang dijadualkan, mod Game Turbo (Game Turbo Toolbox 2.0, page utama baharu) akan dilancarkan lewat bulan Mac/April dan peranti yang akan menerimanya termasuklah Xiaomi Mi 8, Xiaomi Mi 8 Pro, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition, dan Xiaomi Mi 8 SE. Manakala Xiaomi Mi 8 Lite pula akan menerimanya pada pertengahan April.
Menerusi kemas kini ini, pengguna siri Xiaomi Mi 8 akan mengalami pengalaman pengguna yang baik serupa dengan Xiaomi Mi 9. Syarikat ini turut memaklumkan selepas naik taraf, pengguna siri Mi 8 tidak lagi akan mengalami sebarang masalah untuk tahun berikutnya.