Xiaomi Mi 8 Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula 16 Ogos Dengan Harga Bermula Dari RM1,599 Comments Off on Xiaomi Mi 8 Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula 16 Ogos Dengan Harga Bermula Dari RM1,599

Xiaomi sebelum ini telahpun melancarkan secara rasmi tiga model terbarunya dari siri Mi 8 pada penghujung bulan Mei yang lalu. Hari ini Xiaomi Malaysia sudah mengumumkan bakal hadir dengan salah satu daripada model tersebut iaitu Xiaomi Mi 8 untuk pasaran tempatan.

Selain menjanjikan prestasi yang terbaik dengan sokongan pemproses berkuasa Qualcomm Snapdragon 845, Xiaomi Mi 8 juga sebelum ini turut tersenarai dalam kelompok lima telefon pintar dengan kamera terbaik dunia oleh DxOMark dengan kehadiran dwi kamera AI beresolusi 12 Megapiksel. Malah ciri dwi frekuensi GPS yang disokongnya juga turut menjanjikan navigasi yang sangat tepat.

Xiaomi Mi 8 juga hadir dengan paparan skrin FHD+ bertakuk sebesar 6.21 inci dengan panel AMOLED, bateri berkapasiti 3400 mAh dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 4+, kamera hadapan 20 Megapiksel yang juga boleh digunakan untuk tujuan face unlock. Proses imbasan wajah terasa lebih pantas kerana ia turut dibantu dengan pencahayaan Inframerah.

Spesifikasi

  • MIUI 10 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 64GB/128GB + RAM 6GB
  • 6.21 inci AMOLED FHD+ (2248 x 1080) (HDR10, DCI-P3)
  • 154.9 x 74.8 x 7.6mm / 175g
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (1.4μm, f/1.8, Dual Pixel, OIS) + 12 Megapiksel (f/2.4, 2x zum optikal)
  • Kamera hadapan: 20 Megapiksel (1.8μm, f/1.8)
  • 3400 mAh (Quick Charge 4.0)
  • Bluetooth 5.0, USB Type-C

 

Terdapat tiga warna pilihan disediakan iaitu hitam, biru dan putih (warna putih boleh dimiliki bermula September nanti). Berikut adalah harga jualan dan ketersediaannya di pasaran:

Harga Xiaomi Mi 8:

  • 6GB + 64GB – RM1,599 (akan mula dijual pada 16 Ogos 2018 melalui Lazada dan Shopee)
  • 6GB + 128GB – RM1,899 (akan mula dijual pada 18 Ogos 2018 melalui Mi Stores, Lazada dan Shopee)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend