Xiaomi Mi 8 Akan Menerima Kemas Kini Rasmi Dengan Sokongan Rakaman Video 4K 60fps 0 775

Selepas menerima kemas kini mod ‘Night Scene’, Xiaomi Mi 8 disahkan akan menerima satu lagi kemas kini rasmi yang menawarkan keupayaan rakaman video 4K 60fps, sama seperti model Mi MIX 3. Berita ini telah disahkan melalui pendedahan yang dibuat oleh Presiden Xiaomi iaitu Lin Bin melalui akaun Weibo miliknya.

Hasil gambar menggunakan mod ‘Night Scene’ pada Xiaomi Mi 8 yang telah diterima melalui kemas kini sebelum ini.

Perkara ini telah dikongsikan selepas ada di antara pengguna di Weibo yang telah mengajukan soalan berhubung fungsi rakaman tersebut. Menurutnya, ketersediaan kemas kini OTA (Over The Air) itu telah dirancang untuk diberikan kepada pemilik Xiaomi Mi 8 dalam tempoh dua bulan lagi.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend