Xiaomi Mi 6X Dengan Qualcomm Snapdragon 660 Dan Paparan Skrin 18:9 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Xiaomi Mi 6X Dengan Qualcomm Snapdragon 660 Dan Paparan Skrin 18:9 Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Xiaomi Mi 6X yang juga dikenali sebagai Xiaomi Mi A2 untuk pasaran global nanti telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini di China. Berbeza dengan kebanyakan peranti keluaran Xiaomi yang lain, model ini tidak menyokong antaramuka MIUI kerana ia menampilkan pengalaman Android 8.1 Oreo yang asli dengan penggunaan platform Android One.

Berbeza dengan generasi pertamanya iaitu Mi 5X atau lebih dikenali sebagai Mi A2 untuk pasaran global, Mi 6X menyokong skrin FullView Display yang menampilkan nisbah paparan 18:9 berukuran 5.99 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel). Sebagaimana berita ketirisan sebelum ini, Mi 6X telah dikuasakan dengan pemproses AI terbaru iaitu Qualcomm Snapdragon 660 dengan sokongan bateri berkapasiti 3010 mAh yang mampu dicas lebih pantas melalui kehadiran ciri Quick Charge 3.0.

Mi 6X turut menyokong penggambaran dwi kamera yang telah dipertingkatkan iaitu 12 Megapiksel (Sony IMX486, f/1.75) + 20 Megapiksel (Sony IMX376, f/1.75). Sensor 20 Megapiksel yang sama turut digunakan untuk kamera hadapan untuk penggambaran swafoto. Apa yang menariknya, keupayaan penggambaran Mi 6X kini lebih hebat kerana mampu mengenal pasti objek dan persekitaran melalui teknologi AI yang dimilikinya.

Terdapat lima warna ditawarkan iaitu Cherry Pink, Flame Red, Sand Gold, Glacier Blue dan juga Black. Xiaomi Mi 6X boleh didapati dalam tiga varian berbeza iaitu 64GB + RAM 4GB yang dijual pada harga CNY1599 (kira-kira RM993), 64GB + RAM 6GB pula berharga CNY1799 (kira-kira RM1118), dan juga 128GB + RAM 6GB dengan harga CNY1999 (kira-kira RM1242).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend