Xiaomi Mi 6X Dengan Dwi Kamera 20 Megapiksel Akan Dilancarkan Pada 25 April 2018 Comments Off on Xiaomi Mi 6X Dengan Dwi Kamera 20 Megapiksel Akan Dilancarkan Pada 25 April 2018

Xiaomi Mi 6X merupakan peranti kedua keluaran Xiaomi yang menggunakan platform Android One kini telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di China pada 25 April 2018 nanti.

Melalui poster pelancaran yang dikongsikan di Internet sebelum ini, model yang dikenali sebagai Xiaomi Mi A2 untuk pasaran global ini turut disahkan akan menyokong dwi kamera beresolusi 20 Megapiksel dengan konfigurasi kamera menegak pada bahagian panel belakangnya.

Lebih menariknya, Xiaomi juga turut mendedahkan bahawa Mi 6X atau Mi A2 ini akan ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik iaitu hitam, emas, merah, biru dan juga merah jambu.

Untuk mengetahui spesifikasi penuh Xiaomi Mi 6X atau Mi A2 ini, sama-sama kita nantikannya pada hari pelancarannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend