Xiaomi Mi 6S Membuat Kemunculan Mengejut Dengan Sokongan Android Pie, Snapdragon 835 Dan RAM 6GB Comments Off on Xiaomi Mi 6S Membuat Kemunculan Mengejut Dengan Sokongan Android Pie, Snapdragon 835 Dan RAM 6GB

Xiaomi sebelum ini telah melancarkan model Mi 6 pada April tahun lepas, dan kini dalam diam-diam Xiaomi dilihat bakal hadir dengan satu lagi model terbaharunya iaitu Mi 6S. Berita tentang kemunculan varian baharu siri Mi 6 ini telah berjaya disahkan melalui pendedahan daripada ujian penanda aras popular iaitu Geekbench.

Xiaomi Mi 6 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi pada April 2017.

Walaupun Xiaomi Mi 6S muncul lebih setahun selepas model Mi 6 diperkenalkan, ia dilihat masih menyokong spesifikasi yang sama iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dan juga RAM berkapasiti 6GB. Malah keputusan ujian penanda aras yang dicatatkan juga tidak begitu jauh berbeza dengan catatan skor 1830 untuk single-core dan 6944 untuk multi-core.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah ia bakal dioperasikan dengan versi Android 9.0 Pie yang sememangnya masih tidak banyak model yang menyokongnya buat masa ini. Setakat ini tiada maklumat lain diterima berhubung imej, spesifikasi penuh, harga ataupun ketersediaannya.

Baca juga:

14 Model Xiaomi Ini Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie, Adakah Peranti Anda Tersenarai?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend