Xiaomi Mi 6, Mi MIX 2 Dan Mi Note 3 Bakal Terima Android Pie Dengan ‘Game Turbo’ Tidak Lama Lagi Comments Off on Xiaomi Mi 6, Mi MIX 2 Dan Mi Note 3 Bakal Terima Android Pie Dengan ‘Game Turbo’ Tidak Lama Lagi 583

Xiaomi baru sahaja melancarkan tiga model telefon pintar terbaharunya iaitu Xiaomi Mi 9, Mi 9 Transparent Edition, dan juga Mi 9 SE secara rasmi semalam. Berikutan kejayaannya dalam memperkenalkan siri Mi 9 itu, Xiaomi turut membuat satu lagi pengumuman yang mampu melegakan hati pemilik peranti lamanya yang terpilih.

Melalui perkongsian di laman Weibo, Xiaomi telah mendedahkan maklumat terkini berhubung perkembangan pembangunan kemas kini MIUI berasaskan Android 9.0 Pie yang akan diperkenalkannya nanti. Apa yang menarik perhatian, pihak Xiaomi sendiri telah mengesahkan bahawa tiga model keluarannya iaitu Mi 6, Mi MIX 2 dan Mi Note 3 bakal menerima kemas kini itu tidak lama lagi.

Kemas kini untuk ketiga-tiga model ini bakal menyokong ciri-ciri yang disokong oleh Android 9.0 Pie termasuklah sistem navigasi skrin penuh dan juga mod gelap. Bahkan fungsi ‘Game Turbo’ yang baru sahaja diperkenalkan pada siri Mi 9 itu juga akan turut ditawarkan bagi memastikan kelancaran permainan yang lebih baik.

Sumber

Baca juga:

14 Model Xiaomi Ini Akan Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie, Adakah Peranti Anda Tersenarai?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend