Xiaomi Mi 4, Mi 4C Dan Mi 4S Dilaporkan Akan Menerima Kemas Kini MIUI 10 Bermula November 2018 Comments Off on Xiaomi Mi 4, Mi 4C Dan Mi 4S Dilaporkan Akan Menerima Kemas Kini MIUI 10 Bermula November 2018

Xiaomi sering menjadi pilihan pengguna kerana selain ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif, ia juga menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik di dalam segmennya. Lebih menariknya, Xiaomi juga dilihat tidak mengabaikan penawaran sokongan kemas kini untuk model lama keluarannya.

Xiaomi Mi 4 (2014)

Baru-baru ini Xiaomi telah mengesahkan bahawa tiga model dari siri Xiaomi Mi 4 iaitu Mi 4, Mi 4C dan juga Mi 4S akan menerima kemas kini MIUI 10 bermula November 2018 nanti. Menurut Xiaomi, MIUI 10 dengan versi 8.9.13 itu merupakan kemas kini terakhir yang akan disokong oleh ketiga-tiga model ini tetapi pengguna boleh menyertai program khas untuk penerimaan kemas kini MIUI 10.1 versi stabil.

Xiaomi Mi 4C (2015)

Walau bagaimanapun, buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada kemas kini MIUI 10 ini akan turut hadir dengan sokongan versi Android baharu ataupun dikekalkan dengan sokongan versi Android sedia ada.

Xiaomi Mi 4S (2016)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend