Xiaomi Mi 10 Pro Diiktiraf DXOMARK Dengan Skor Tertinggi Dalam Senarai – 124 Poin Comments Off on Xiaomi Mi 10 Pro Diiktiraf DXOMARK Dengan Skor Tertinggi Dalam Senarai – 124 Poin

DXOMARK hari ini telah mengeluarkan laporan ujian kamera untuk Xiaomi Mi 10 Pro, mencatatkan skor tertinggi 124 poin dalam senarai, menundukkan semua telefon pintar lain termasuklah HUAWEI Mate 30 Pro 5G yang sebelum ini mengungguli carta.

DXOMARK pada masa sama turut mendedahkan konfigurasi kamera Mi 10 Pro yang mana kita tahu masih belum dilancarkan secara rasmi. Mi 10 Pro hadir dengan kamera utama 108MP f/1.69 OIS + telefoto pendek 12MP f/2.0 + telefoto panjang 8MP f/2.0 OIS + ultralebar 20MP f/2.2 yang kesemua disokong cip pemproses Snapdragon 865.

DXOMARK menyimpulkan, kamera Mi 10 Pro mampu menghasilkan imej yang sangat terperinci lebih-lebih lagi dalam cahaya terang (outdoor). Pendedahan cahaya pada gambar juga tepat dan stabil menjadikan hasilnya tampak semula jadi. Gambar yang dizum juga dikatakan tidak ‘pecah’ selain lensa ultralebar dapat merakam imej yang terang.

Seperti telefon pintar lain, kamera Mi 10 Pro juga ada kekurangan daripada segi fokus, warna yang kusam terutamanya warna merah, kesan noise pada kawasan gelap, serta bayang-bayang dalam rakaman HDR ultralebar.

Xiaomi menjadualkan pelancaran peringkat global siri Mi 10 pada 23 Februari ini dalam MWC 2020, Barcelona. Memandangkan acara tersebut telah dibatalkan, Xiaomi mungkin memperkenalnya di lokasi lain (mungkin terus dari China) atau melalui penstriman langsung. Apa-apapun kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Xiaomi.

Bagaimanapun, untuk pasaran China Mi 10 dan Mi 10 Pro telah diumumkan secara rasmi hari ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend