Xiaomi Mi 10 Pro Dengan Speaker Stereo Simetri Menduduki Tangga Teratas Dalam DXOMARK Audio Comments Off on Xiaomi Mi 10 Pro Dengan Speaker Stereo Simetri Menduduki Tangga Teratas Dalam DXOMARK Audio

Kemunculan Xiaomi Mi 10 Pro telah berjaya membuktikan keupayaannya sebagai sebuah telefon pintar mercu terbaik untuk prestasi kameranya apabila menduduki kedudukan teratas di DXOMARK Camera dengan 124 mata.

Ternyata keupayaan speaker Mi 10 Pro turut diiktiraf sebagai yang terbaik apabila DXOMARK telah memberikan skor sebanyak 76 mata untuk prestasi audionya. Ini sekaligus telah menyaksikan perbezaan 1 mata jika dibandingkan dengan skor audio yang diperolehi oleh HUAWEI Mate 20 X.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, Mi 10 Pro mencatatkan skor sebanyak 77 mata untuk ujian memain semula audio, dan 71 mata untuk ujian rakaman audio.

Sebagai rujukan, Mi 10 Pro menyokong dua buah speaker berkualiti stereo dengan rekaan simetri yang terletak pada bahagian atas dan bawah kerangkanya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend