Xiaomi Mi 10 Lite 5G Dilancarkan Sebagai Peranti 5G Kelas Pertengahan Dengan Panel AMOLED TrueColor Comments Off on Xiaomi Mi 10 Lite 5G Dilancarkan Sebagai Peranti 5G Kelas Pertengahan Dengan Panel AMOLED TrueColor

Dalam usaha untuk menawarkan capaian rangkaian berkelajuan tinggi 5G, Xiaomi hari ini telahpun melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya dengan kemunculan Mi 10 Lite 5G untuk pasaran Eropah.

Xiaomi Mi 10 Lite 5G telah dikuasakan dengan Snapdragon 765G yang telah diintegrasikan dengan modem X52. Ia juga ditawarkan dalam dua pilihan storan dalaman jenis UFS 2.1 iaitu berkapasiti 64GB dan 128GB. Namun begitu saiz RAM LPDDR4X peranti ini tidak pula diumumkan.

Dilengkapi dengan skrin 6.57 inci AMOLED TrueColor untuk paparan warna yang lebih asli, Mi 10 Lite 5G turut menyokong kuad kamera beresolusi 48MP dan juga kamera depan beresolusi 16MP.

Ketahanan pengoperasian Mi 10 Lite 5G telah dijana oleh bateri berkapasiti 4160mAh dengan teknologi pengecasan pantas 20W.

Xiaomi Mi 10 Lite 5G yang ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan biru ini dijual pada harga EUR349 (~RM1,686) untuk varian 64GB. Manakala varian 128GB pula dijual pada harga EUR399 (~RM1,928).

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend