Xiaomi Mi 10 Habis Dipra-Tempah Dalam Tempoh Satu Minit Dengan Jualan Mencecah RM118.6 Juta Comments Off on Xiaomi Mi 10 Habis Dipra-Tempah Dalam Tempoh Satu Minit Dengan Jualan Mencecah RM118.6 Juta

Serentak dengan majlis pelancaran model Mi 10 dan Mi 10 Pro, Xiaomi turut mengumumkan ketersediaan pra-tempah dua peranti mercunya itu untuk pasaran di China bermula semalam. Manakala unit yang ditempah akan mula diterima pada minggu depan iaitu 18 Februari 2020.

Apa yang mengejutkan, Xiaomi telah berkongsi sebuah poster yang telah mendedahkan bahawa kesemua unit Mi 10 telah habis dijual dalam tempoh hanya satu minit dengan hasil jualan mencecah CNY200 juta (~RM118.6 juta).

Poster rasmi yang dikongsikan oleh Xiaomi ini mendedahkan rekod jualan Mi 10.

Melalui jualan pertama di China, Mi 10 telah dijual pada harga CNY3,999 (~RM2,372) untuk varian 8GB + 128GB, CNY4,299 (~RM2,550) untuk varian 8GB + 256GB, dan CNY4,699 (~RM2,787) untuk varian 12GB + 256GB.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend