Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,799 Comments Off on Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2,799

Seperti yang dijanjikan, hari ini Xiaomi Malaysia telahpun melancarkan dua peranti mercu terbaharunya iaitu Mi 10 dan juga Mi 10 Pro untuk pasaran tempatan. Ia secara tidak langsung telah menyaksikan penawaran peranti 5G pertama daripada Xiaomi di negara ini.

Bermula 1 Mei 2020, Mi 10 dan Mi 10 Pro masing-masing akan dijual pada harga RM2,799 dan RM3,899. Menariknya kedua-dua model 5G ini sudahpun boleh dipra-tempah bermula hari ini (22 April) hingga 30 April 2020.

Setiap pembelian Mi 10 secara pra-tempah akan turut menerima hadiah percuma berupa Mi Band 4 (RM149), manakala pembelian Mi 10 Pro secara pra-tempah akan menerima Mi True Wireless Earphones (RM329).

Mi 10 akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Twilight Grey dan Coral Grey, Mi 10 Pro juga turut tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Alpine White dan Solstice Grey. Pra-tempah dan jualan kedua-dua model ini tersedia di dua platform berikut:

Spesifikasi Mi 10 dan Mi 10 Pro:

  • MIUI 11 (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 865 5G
  • Memori (LPDDR5 / UFS 3.0)
    • Mi 10 – 8GB + 128GB / 8GB + 256GB
    • Mi 10 Pro – 8GB + 256GB
  • Skrin
    • 6.67 inci AMOLED TrueColor Dot Display
    • 2340 x 1080 piksel, 19.5:9 aspect ratio
    • 90Hz, 180Hz touch sampling rate
    • DCI-P3, HDR10+
    • TÜV Rheinland Low Blue Light Certification
    • Corning Gorilla Glass 5
    • Dual ambient light sensor (depan & belakang)
    • Mi 10 – 1120nit / Mi 10 Pro – 1200nit
  • Kamera utama
    • Mi 10 – 108MP (7p lens, OIS) + 13MP (Ultra Wide) + 2MP (Depth) + 2MP (Macro)
    • Mi 10 Pro – 108MP (8p lens, OIS) + 20MP (Ultra Wide) + 12MP (Telephoto portrait lens) + 8MP (Telephoto, OIS, 10x hybrid zoom)
  • Kamera depan: 20MP
  • Bateri
    • Mi 10 – 4780mAh (pengecas 30W, pengecas tanpa wayar 30W, pengecas berbalik tanpa wayar, pengecas 30W dalam kotak)
    • Mi 10 Pro – 4500mAh (pengecas 50W, pengecas tanpa wayar 30W, pengecas berbalik tanpa wayar, pengecas 65W dalam kotak)
  • Speaker
    • Mi 10 – Speaker stereo simetri (1.0cc sound chamber, Hi-Res Audio certification)
    • Mi 10 Pro – Speaker stereo simetri (1.2cc sound chamber, Hi-Res Audio certification)
  • LiquidCool 2.0 (Vapor chamber + Multi-layer graphite + graphene dengan pengurangan suhu CPU sehingga 10.5°C)
  • NFC, IR blaster, USB Type-C, WiFi 6, 5G MultiLink
  • 162.58 x 74.80 x 8.96mm / 208g

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend