Xiaomi Mengacah MIUI 12, Akan Tiba Pada Suku Ketiga Tahun Ini Comments Off on Xiaomi Mengacah MIUI 12, Akan Tiba Pada Suku Ketiga Tahun Ini

Pengeluar telefon pintar terkemuka Xiaomi hari ini telah mengacah poster MIUI 12 – sistem antaramuka versi seterusnya yang menggantikan MIUI 11.

Xiaomi tidak mendedahkan butiran mengenai MIUI 12 selain hanya berkongsi imej logo di laman sosial Weibo mereka awal pagi tadi.

Sebelum ini, MIUI 11 telah diumumkan pada September lalu dan perisian stabil untuk versi global dilepaskan bermula Oktober. Oleh itu, sistem terbaru ini dijangka akan diberikan kepada pengguna pada bulan yang sama untuk tahun ini.

MIUI 11 membawa sistem mod gelap secara keseluruhan untuk peranti yang dioperasikan Android 10. Selain itu, ciri Always On Display turut dipertingkatkan selain penawaran sistem muka taip Mi Lan Pro.

Pengguna MIUI 11 juga diberikan animasi baharu, wallpaper dan tema, serta Xiaomi turut memasang aplikasi Mi Go Travel bagi memudahkan pengguna menempah tiket dan sebagainya untuk percutian.

Bebalik kepada MIUI 12, kami pasti Xioami akan berkongsi perkara selanjutnya pada masa akan datang.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend