Xiaomi Malaysia Umum 100,000 Unit Redmi Note 7 Berjaya Terjual Di Malaysia Dalam Tempoh 3 Bulan Comments Off on Xiaomi Malaysia Umum 100,000 Unit Redmi Note 7 Berjaya Terjual Di Malaysia Dalam Tempoh 3 Bulan 196

Berikutan daripada pengumuman Xiaomi yang mendedahkan rekod jualan mencecah 15 juta unit Redmi Note 7 di pasaran global dalam tempoh 6 bulan selepas dilancarkan. Xiaomi Malaysia baru-baru ini turut membuat pengumuman yang sama khusus untuk pasaran tempatan.

Menurut perkongsian Twitter rasmi Xiaomi Malaysia, sebanyak 100,000 unit Redmi Note 7 telah berjaya dijual dalam tempoh tiga bulan di negara ini. Ternyata angka ini boleh dianggap sangat baik dan rekod jualan yang positif itu berjaya dicapai kerana Redmi Note 7 merupakan antara telefon pintar dengan bajet bawah RM1,000 yang menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik di dalam kelasnya.

Menariknya sempena promosi ‘Lazada Mid-Year Festival’ yang berlangsung sepanjang hari ini (12 Julai 2019), anda boleh memiliki Redmi Note 7 dengan LazadaCare Plus yang menjanjikan perlindungan peranti sehingga 2 tahun.

Klik untuk memiliki Redmi Note 7 + LazadaCare Plus, eksklusif hanya di Lazada:

Baca juga:

[Ulasan] Redmi Note 7 – Peranti Mampu Milik Dengan Spesifikasi Terbaik Dalam Kelasnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend