Xiaomi Malaysia Lancar Tiga Model Mi True Wireless Earphones/Earbuds Pada Harga Bermula RM99 Comments Off on Xiaomi Malaysia Lancar Tiga Model Mi True Wireless Earphones/Earbuds Pada Harga Bermula RM99 192

Serentak dengan majlis pelancaran Redmi Note 8 dan juga Redmi Note 8 Pro untuk pasaran tempatan, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan penawaran tiga model fon telinga tanpa wayar untuk pengguna di negara ini. Ketiga-tiga model yang diperkenalkan itu adalah Mi True Wireless EarphonesMi True Wireless Earbuds dan juga Mi True Wireless Earbuds Basic.

Model fon telinga tanpa wayar sepenuhnya yang paling asas yang diumumkan adalah Mi True Wireless Earbuds Basic yang akan dijual pada harga RM99. Menampilkan sambungan Bluetooth 5.0 dengan sokongan pembantu suara, ia menyokong fungsi kawalan menggunakan butang.

Manakala Mi True Wireless Earbuds berharga RM179 ini pula menjanjikan sokongan audio yang lebih berkualiti, ketahanan bateri sehingga 12 jam,dan juga fungsi kawalan menggunakan kaedah satu sentuhan yang sensitif. Walaupun memiliki rekaan fizikal yang hampir sama dengan varian Basic, ia ditawarkan dalam rekaan berwarna putih.

Mi True Wireless Earphones pula merupakan fon telinga tanpa wayar paling premium diperkenalkan oleh Xiaomi dengan rekaan mirip seperti Apple AirPods. Dijual pada harga RM329, ia bukan sahaja menyokong audio berkualiti tinggi tetapi dalam masa yang sama turut menyokong mod pemakaian sebelah telinga.

Ketiga-tiga fon telinga tanpa wayar daripada Xiaomi ini sudahpun mula djual secara rasmi di kedai fizikal Mi Store dan juga secara dalam talian di Lazada serta Shopee.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend