Xiaomi Lapor Jualan 11.11 Berjaya Kutip Lebih RM2.4 Bilion Comments Off on Xiaomi Lapor Jualan 11.11 Berjaya Kutip Lebih RM2.4 Bilion

Penjualan ‘Satu Hari’ yang diadakan semalam telah menarik ramai pengguna membeli-belah di platfom e-dagang sehingga ada yang tidur lewat kerana sibuk memasukkan barangan yang diinginkan ke dalam troli. Maka dengan itu, kutipan yang berjaya diperolehi oleh kebanyakan gedung dalam talian ini adalah sangat tinggi.

Terkini, Xiaomi melaporkan syarikat mereka telah berjaya memperolehi kutipan jualan melebihi CNY4 bilion iaitu bersamaan lebih RM2.4 bilion. Xiaomi menyatakan pada 13 minit 37 saat yang terawal kutipannya ialah RM301 juta, hampir RM900 juta selepas satu jam, dan tidak sampai 24 jam mereka berjaya kaut lebih RM1.8 bilion.

Antara peranti hangat yang dijual adalah Mi Mix 3, Mi 8, dan Mi 8 Pro yang mana ketiga-tiga peranti adalah yang terbaharu di pasaran. Produk lain pula ialah Mi Band 3, Mi Scooter, Mi Vacuum, Mi Suit Case, dan Mijia Air Purifier.

Adakah anda antara penyumbang kepada penjualan Xiaomi pada 11.11 semalam? Kongsikan produk yang anda telah beli dan adakah harganya berbaloi di ruangan komen.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend