Xiaomi Lancar Permainan ‘Survival Game’ Mirip Seperti PUBG Mobile Di Mi App Store Comments Off on Xiaomi Lancar Permainan ‘Survival Game’ Mirip Seperti PUBG Mobile Di Mi App Store

Permainan battle royale sememangnya boleh dianggap sebagai genre permainan paling popular di kalangan pemilik telefon pintar pada masa kini. Ini jelas dapat dilihat melalui populariti yang diraih oleh PUBG Mobile, Fortnite, dan juga Rules of Survival.

Menyedari akan trend permainan ini, Xiaomi turut mengambil peluang untuk melancarkan permainan sama yang dikenali sebagai ‘Survival Game’. Hadir dengan gaya permainan yang sama seperti PUBG Mobile, Xiaomi menggambarkan Survival Game ini sebagai permainan menembak dengan gaya sci-fi, dan telah dibangunkan khusus untuk pasaran di India.

Walaupun elemen dan juga ciri-ciri permainan yang disokong oleh Survival Game lebih kurang sama seperti PUBG Mobile, ternyata permainan ini masih memerlukan penambahbaikan grafik pada masa akan datang. Namun begitu dengan grafik yang sederhana ini, ia mungkin sesuai untuk pasaran India yang sememangnya popular dengan permintaan terhadap model Xiaomi bajet.


Survival Game hanya boleh dimuat turun secara eksklusif di Mi App Store dengan saiz fail muat turun hanya sebesar 190MB sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend