Xiaomi Lancar Penyedut Hampagas Pintar Di Malaysia Dengan Harga RM1,099 – Mi Robot Vacuum Comments Off on Xiaomi Lancar Penyedut Hampagas Pintar Di Malaysia Dengan Harga RM1,099 – Mi Robot Vacuum

Hampir 95% daripada penyedut hampagas yang terjual di pasaran sebenarnya kurang berkesan untuk membersihkan lantai kerana ia akan hanya mengubah laluannya apabila terlanggar halangan yang ada. Kini dengan adanya Mi Robot Vacuum yang hadir dengan teknologi inovatif, hasil cucian akan menjadi lebih efisien dan pintar.

Xiaomi Mi Robot Vacuum mampu membersihkan habuk pada permukaan yang berbeza tanpa masalah.

Dilengkapi dengan 12 sensor berbeza seperti Laser Distance Sensor (LSD) yang mampu mengimbas persekitaran sehingga 360 darjah sehingga 1800 kali sesaat, Xiaomi Mi Robot Vacuum berupaya memastikan setiap ruang akan dibersihkan sepenuhnya. Malah bateri berkapasiti 5200 mAh ini juga membolehkan proses pembersihan dibuat sehingga 2.5 jam dengan sekali cas.

Sokongan aplikasi Mi Home pada telefon pintar turut membantu pengguna untuk mengaktifkan dan memantau proses pembersihan pada masa nyata, walaupun mereka tidak berada di rumah pada ketika itu.

Xiaomi Mi Robot Vacuum yang dijual pada harga RM1,099 ini sudahpun boleh dibeli mulai hari ini (10 Ogos 2018) di Mi Stores, Lazada dan juga Shopee.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend