Xiaomi Lancar Mi Wireless Mouse Youth Edition Dengan Rekaan Baru Yang Lebih Ergonomik Comments Off on Xiaomi Lancar Mi Wireless Mouse Youth Edition Dengan Rekaan Baru Yang Lebih Ergonomik

Selain melancarkan tiga telefon pintar terbarunya dari siri Mi 8, Xiaomi juga telah mengumumkan satu lagi produk terbarunya dengan kemunculan Mi Wireless Mouse Youth Edition. Hadir dalam dua warna iaitu hitam dan putih, aksesori ini menggunakan nama model WXSB01MW dan akan dijual pada harga CNY49 (kira-kira RM30).

Menurut Xiaomi, Mi Wireless Mouse Youth Edition ini sesuai untuk digunakan di rumah atau pejabat kerana ia mampu bertahan lebih lama sehingga lebih dari 3 juta klik. Diperbuat daripada ABS, tetikus terbaru ini masih mengekalkan sensor phase photoelectric dan juga 1200dpi sama seperti generasi pertamanya.

Ia juga menyokong sambungan pantas 2.4GHz yang melalui sambungan dongle USB yang diberikan dalam pakej pembelian. Berukuran 102 x 58 x 34mm dengan berat 70g tanpa bateri, Mi Wireless Mouse Youth Edition tampil dengan rekaan yang lebih ergonomik dan moden.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend