Xiaomi Lancar Basikal Elektrik Himo C16 Dengan Jarak Tunggangan Sehingga 75km Comments Off on Xiaomi Lancar Basikal Elektrik Himo C16 Dengan Jarak Tunggangan Sehingga 75km 143

Xiaomi sedia mengeluarkan pelbagai produk untuk memenuhi kehendak pengguna dan ekosistem. Terkini, mereka telah melancarkan basikal elektrik terbaru, Himo C16.

Model baharu ini sekaligus membarisi basikal elektrik sedia ada Himo V1 dan Himo T1 yang masing-masing dilancarkan pada bulan Jun lalu dan bulan ini.

Himo C16 didatangkan dengan rekaan berbeza tetapi masih mengikuti sohor kini. Bateri lebih berkuasa yang dimuatkan pula menggunakan jenis litium yang ringan malah selamat digunakan dalam pelbagai jenis suhu persekitaran.

Bateri ini mampu menggolekkan tayar basikal sehingga 75km atau 55km dengan pembonceng. Teknologi yang dimuatkan juga hadir dengan ciri penjimatan tenaga dan bantuan pergerakan menerusi pedal kaki.

Pada bahagian depan pula, Himo C16 menyediakan bakul untuk memudahkan pengguna membawa barangan. Tempat istirehat kaki pula berada di lantai basikal sekiranya pedal kaki tidak digunakan.

Di bahagian kepala pula terdapat panel paparan maklumat yang menunjukkan jarak perbatuan, tahap bateri, mod tunggangan, dan purata kelajuan. Jika menunggang di waktu malam, basikal ini juga menyertakan lampu LED di yang boleh dilaraskan.

Himo C16 akan dijual di China mulai 19 September 2019 dengan pilihan warna rangka Hitam, Putih, dan Kelabu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend