Xiaomi Kini Umum POCO Sebagai Jenama Bebas Yang Akan Dioperasikan Secara Berasingan Comments Off on Xiaomi Kini Umum POCO Sebagai Jenama Bebas Yang Akan Dioperasikan Secara Berasingan

Baru minggu lepas ada laporan yang telah mengesahkan kehadiran telefon pintar terbaharu daripada POCO iaitu Pocophone F2 melalui permohonan tanda dagang di China.

Nampaknya berita tentang kembalinya jenama POCO dalam industri pembuatan telefon pintar mungkin ada kebenarannya. Ini berikutan perkongsian tweet oleh Manu Kumar Jain selaku Naib Presiden Xiaomi Global yang telah mengesahkan bahawa POCO kini akan bergerak bebas, dan tidak lagi dikenali sebagai sub-jenama daripada Xiaomi.

Keputusan ini diambil berikutan populariti Pocophone F1 yang dikatakan sangat baik, dan ia merupakan masa terbaik untuk jenama itu bergerak dengan sendiri.

Berkemungkinan pengumuman rasmi tentang perkara ini akan dibuat serentak dengan pelancaran model Pocophone F2 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend