Xiaomi Kini Melancarkan Tiga Model Terbarunya Dengan Mi 8, Mi 8 Explorer Edition Dan Mi 8 SE Comments Off on Xiaomi Kini Melancarkan Tiga Model Terbarunya Dengan Mi 8, Mi 8 Explorer Edition Dan Mi 8 SE

Di dalam majlis pelancaran rasmi yang berlangsung di China, Xiaomi bukan sahaja mengumumkan MIUI 10, Mi TV 4 75″, Mi VR dan Mi Band 3, tetapi apa yang sangat menarik perhatian sudah tentunya pengumuman tiga model terbarunya iaitu Mi 8, Mi 8 Explorer Edition dan juga Mi 8 SE.

Xiaomi Mi 8

Spesifikasi

  • MIUI 10 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 64GB/128GB/256GB + RAM 6GB
  • 6.21 inci AMOLED FHD+ (2248 x 1080) (HDR10, DCI-P3)
  • 154.9 x 74.8 x 7.6mm / 175g
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (1.4μm, f/1.8, Dual Pixel, OIS) + 12 Megapiksel (f/2.4, 2x zum optikal)
  • Kamera hadapan: 20 Megapiksel (1.8μm, f/1.8)
  • 3400 mAh (Quick Charge 4.0)
  • Bluetooth 5.0, USB Type-C

Xiaomi Mi 8 merupakan telefon pintar pertama di dunia menyokong dwi-frekuensi GPS yang berupaya meningkatkan ketepatan navigasi sehingga 5 kali ganda berbanding teknologi GPS pada telefon pintar yang lain. Xiaomi Mi 8 yang menyokong RAM 6GB ini ditawarkan dalam tiga ruang storan berbeza iaitu 64GB berharga CNY2,699 (kira-kira RM1,675), 128GB pula dijual pada harga CNY2,999 (kira-kira RM 1,860) dan varian 256GB berharga CNY3,299 (kira-kira RM2050).

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition

Model ini sebenarnya menyokong spesifikasi yang sama seperti model Mi 8, cuma ia tampil lebih istimewa kerana menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin. Malah bagi memastikan penjimatan penggunaan tenaga bateri, sensor pengimbas cap jari itu akan hanya diaktifkan apabila pengguna menekannya dengan kadar tekanan yang lebih kuat. Tidak cukup dengan itu, Mi 8 Explorer Edition turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan biometrik sama seperti iPhone X, menggunakan imbasan wajah 3D.

Dengan sokongan panel belakang lut sinar mirip seperti HTC U11+, Mi 8 Explorer Edition hanya diperkenalkan dalam satu varian sahaja iaitu 128GB + RAM 8GB. Ia akan dijual pada harga yang lebih tinggi iaitu CNY3,799 (kira-kira RM2,360).

Xiaomi Mi 8 SE

Spesifikasi

  • MIUI 10 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 710
  • 64GB + RAM 4GB/6GB
  • 5.88 inci AMOLED FHD+ (2244 x 1080) (HDR10, DCI-P3)
  • 147.3 x 73.1 x 7.5mm / 164g
  • Kamera utama: 12 Megapiksel (1.4μm, f/1.9, Dual Pixel) + 5 Megapiksel (1.12μm, f/2.0)
  • Kamera hadapan: 20 Megapiksel (2.0μm, f/2.0)
  • 3120 mAh (Quick Charge 3.0)
  • Bluetooth 5.0, USB Type-C

Mungkin penggunaan nama ‘SE’ pada Mi 8 SE ini kelihatan lebih eksklusif, tetapi untuk pengetahuan pembaca, ia sebenarnya merupakan varian paling rendah untuk siri Mi 8. Sebagaimana perkongsian kami sebelum ini, Mi 8 SE merupakan telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan pemproses terbaru iaitu Qualcomm Snapdragon 710. Dengan paparan skrin yang lebih kecil berukuran 5.88 inci, Mi 8 SE diperkenalkan dalam empat warna pilihan iaitu emas, hitam, merah dan biru.

Mi 8 SE dengan varian 64GB + RAM 4GB akan dijual pada harga CNY1,799 (kira-kira RM1,116), manakala varian tertinggi 64GB + RAM 6GB pula dijual dengan harga CNY1,999 (kira-kira RM1,240).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend