Xiaomi Jalin Kerjasama Dengan Light Bagi Memfokuskan Aspek Penggambaran Untuk Telefon Pintarnya Comments Off on Xiaomi Jalin Kerjasama Dengan Light Bagi Memfokuskan Aspek Penggambaran Untuk Telefon Pintarnya 300

Selain menjadi pentas buat Xiaomi untuk mempamerkan telefon pintar terbaru keluarannya, acara MWC 2019 turut menyaksikan jalinan kerjasama di antara Xiaomi dan juga Light yang merupakan peneraju dalam industri pengimejan pengkomputeran.

Melalui kerjasama ini, Light akan memperkenalkan teknologi pengimejan yang lebih canggih untuk telefon pintar keluaran Xiaomi pada masa akan datang. Menurut CEO Light, mereka berasa teruja dengan jalinan yang dibentuk kerana Xiaomi merupakan salah satu jenama telefon pintar yang sangat inovatif.

Light L16

Keupayaan penggambaran peranti Xiaomi ini sudah tentunya akan memberi saingan kepada pesaingnya seperti Huawei, Apple ataupun Samsung. Ini berikutan Light sememangnya berupaya menjanjikan penyelesaian teknologi pengimejan yang lebih baik kerana ia pernah memperkenalkan kamera Light L16 yang mampu menggabungkan 16 lensa berbeza bagi menghasilkan sebuah gambar beresolusi tinggi.

Tidak cukup dengan itu, HMD Global juga sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dengan Light melalui penawaran lima kamera pada Nokia 9 PureView. Kombinasi dua lensa RGB dan tiga lensa monokrom pada peranti ini akan digabungkan dalam satu gambar yang lebih berkualiti.

Sumber

Baca juga:

Xiaomi Mi MIX 3 Dengan Sokongan 5G Akan Mula Ditawarkan Bermula Mei 2019 Nanti

Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend