Xiaomi Dual Flex/MIX Flex Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Dikongsikan Dalam Video Yang Lebih Jelas Comments Off on Xiaomi Dual Flex/MIX Flex Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Dikongsikan Dalam Video Yang Lebih Jelas

Awal tahun yang lalu, Evan Blass telah berjaya mendedahkan peranti misteri dengan skrin boleh lipat yang dipercayai milik Xiaomi di dalam video berdurasi 20 saat. Namun video yang dikongsikan itu telah diambil dalam persekitaran yang gelap dan agak sukar untuk kita lihat dengan lebih jelas.

Xiaomi dengan skrin boleh lipat digunakan dalam mod skrin penuh berukuran 7.3 inci.

Hari ini pengasas dan juga Presiden Xiaomi sendiri iaitu Lin Bin dilihat telah memuat naik video peranti yang sama dalam persekitaran yang lebih terang dan jelas. Berdasarkan video itu, peranti dengan skrin boleh lipat ini boleh digunakan dalam saiz skrin penuh berukuran 7.3 inci, dan kedua-dua bahagian atas dan bawah skrin boleh dilipat dengan mudah untuk digunakan dalam mod telefon pintar konvensional.

Bahagian atas dan bawah skrin boleh dilipat dengan mudah.

Walaupun peranti yang digunakan dalam video itu merupakan unit kejuruteraan, dan Lin Bin telah terfikir untuk menggunakan nama seperti Xiaomi Dual Flex ataupun Xiaomi MIX Flex untuk peranti tersebut. Malah dia turut meminta pengguna Weibo untuk mencadangkan nama yang lebih baik untuk peranti itu.

Antaramuka MIUI secara automatik akan diubah ke mod biasa apabila skrin peranti dilipat.

Melalui perkongsiannya di Weibo itu juga, Lin Bin turut mengeluarkan kenyataan bahawa peranti Xiaomi dengan rekaan skrin boleh lipat itu akan tiba tidak lama lagi. Ia merupakan satu kejayaan memandangkan pelbagai isu teknikal dan perisian telah berjaya diatasi untuk peranti pertamanya dengan rekaan skrin boleh lipat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend