Xiaomi Dilaporkan Mula Membangunkan Antaramuka MIUI 11 Dengan Slogan ‘A New and Unique OS’ Comments Off on Xiaomi Dilaporkan Mula Membangunkan Antaramuka MIUI 11 Dengan Slogan ‘A New and Unique OS’ 713

Sejak antaramuka MIUI diperkenalkan Ogos 2010 yang lalu, ia kini telah dioperasikan pada lebih 300 juta peranti di seluruh dunia setakat yang dilaporkan sehingga Disember 2017 dan angka ini sudah tentunya telah meningkat buat masa ini. Memandangkan MIUI 10 telahpun diperkenalkan lebih setahun yang lalu, ia telah menyokong lebih daripada 40 model keluaran Xiaomi.

Melalui mesyuarat tahunan Xiaomi MIUI Core Experience yang berlangsung baru-baru ini, Ketua Perancangan Produk Xiaomi di China, Liu Ming, telah mengesahkan bahawa mereka sudah mula membangunkan sistem MIUI 11. Berdasarkan sumber yang diterima oleh mydrivers, MIUI 11 dilaporkan mula memasuki fasa kajian dan juga pembangunan.

Jika MIUI 9 dan MIUI 10 masing-masing membawakan slogan ‘Lightning Fast’ dan ‘Full Screen Experience’, MIUI 11 ini pula telah disahkan menyokong slogan ‘A New and Unique OS’. Pendedahan ini secara tidak langsung mungkin memberi petunjuk bahawa Xiaomi mungkin akan membawakan kelainan pada rekaan MIUI terbaharunya itu nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend