Xiaomi Dan IKEA Bekerjasama Dalam Menghasilkan Meja Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar 20W Comments Off on Xiaomi Dan IKEA Bekerjasama Dalam Menghasilkan Meja Dengan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar 20W 481

Sudah menjadi satu trend untuk kebanyakan pengeluar telefon pintar memperkenalkan sokongan pengecasan tanpa wayar pada peranti keluaran mereka. Bahkan Xiaomi juga tidak terkecuali dalam menawarkan teknologi ini pada telefon pintar mercunya iaitu model Mi 9, dan peranti ini mampu menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar yang sangat laju mencecah 20W.

Menariknya baru-baru ini Xiaomi telah mendedahkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan IKEA untuk menghasilkan sebuah meja dengan teknologi pengecasan tanpa wayar 20W terbina-dalam. Dikongsikan melalui akaun rasmi Xiaomi di Weibo semalam, penghasilan meja daripada IKEA ini akan menjadi yang pertama di dunia.

Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang pendedahan lanjut berhubung harga dan juga tarikh pelancaran meja hasil kerjasama antara Xiaomi dan IKEA ini.

Baca juga:

IKEA Lancar Gedung Dalam Talian – Penghantaran Ke Seluruh Malaysia

Xiaomi Mi 9 Dengan Snapdragon 855, Tiga Kamera AI 48MP dan Pengecasan Tanpa Wayar 20W Kini Rasmi – Harga Bermula RM1,699

Xiaomi Mi 9 Dengan Kerangka Emas 24k Akan Diperkenalkan Dalam Tiga Rekaan Edisi Terhad

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend