Xiaomi ‘Comet’ Dan ‘Sirius’ Akan Dikuasakan Dengan Qualcomm Snapdragon 710 Comments Off on Xiaomi ‘Comet’ Dan ‘Sirius’ Akan Dikuasakan Dengan Qualcomm Snapdragon 710

Pada Februari yang lepas, berita mengenai ketirisan pemproses terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 670 sudahpun tersebar secara meluas. Qualcomm Snapdragon 670 dikatakan akan mula dilancarkan pada tahun ini dan ia merupakan versi yang lebih rendah untuk Snapdragon 845.

Tetapi belumpun sempat pemproses dari siri 600 ini diumumkan secara rasmi, Qualcomm nampaknya telah mengambil keputusan untuk menjenamakan semula Snapdragon 670 itu sebagai Snapdragon 710. Pemproses lapan teras yang pertama dari siri 700 ini telah dibangunkan dengan proses 10 nm LPP, dan ia menyokong dua teras berprestasi tinggi Cortex-A75 serta enam teras berprestasi rendah Cortex-A55. Manakala untuk aspek grafik pula, ia menyokong GPU Adreno 615 dengan frekuensi antara 430 MHz hingga 700 MHz.

Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat itu juga, pemproses Snapdragon 710 ini juga telah disahkan akan digunakan pada dua model Xiaomi yang terbaru pada masa akan datang iaitu hadir dengan kod nama ‘Comet’ dan ‘Sirius’. Melalui penemuan XDA Forum, kedua-dua peranti Xiaomi ini berkemungkinan akan menyokong spesifikasi seperti berikut:

Xiaomi ‘Comet’:

  • Qualcomm SDM710 Snapdragon 710
  • Paparan OLED dilengkapi ciri AOD (Always on Display)
  • Android 8.1 Oreo
  • Dwi slot kad SIM
  • Port inframerah
  • Bateri 3100 mAh
  • Tiada NFC
  • Tiada slot kad microSD

Xiaomi ‘Sirius’:

  • Qualcomm SDM710 Snapdragon 710
  • Paparan OLED dengan takuk yang dilengkapi ciri AOD (Always on Display)
  • Android 8.1 Oreo
  • Dwi slot kad SIM
  • Port inframerah
  • Bateri 3120 mAh
  • Tiada NFC
  • Tiada slot kad microSD
  • Kamera dengan mod Potret

Sumber : XDA Forum

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend