Xiaomi CC9 Versi Global Kini Diumumkan Sebagai Xiaomi Mi 9 Lite Comments Off on Xiaomi CC9 Versi Global Kini Diumumkan Sebagai Xiaomi Mi 9 Lite 178

Ahli keenam untuk barisan Xiaomi Mi 9 akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu acara di Sepanyol baru-baru ini. Peranti yang pernah diperkenalkan di China atas nama CC9 ini kini diberikan nama antarabangsa yang dikenali sebagai Xiaomi Mi 9 Lite.

Ia sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang menawarkan paparan Super AMOLED 6.39-inci FHD+ dengan takuk titisan air seakan Mi 9. Tetapi daripada segi dalaman, kuasa yang disalurkan adalah daripada cip pemproses Snapdragon 710, memori 6GB RAM, dan 128GB storan.

Kamera depan menggunakan sensor 32MP manakala kamera utama pula hadir dengan tetapan tri-kamera 48MP utama + 8MP ultra-lebar + 2MP kedalaman. Sumber tenaga pula datang dari sebuah bateri berkapasiti 4030mAh yang juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0+.

Mi 9 Lite dijalankan di atas sistem operasi MIUI 10 berasaskan Android 9 Pie dan melengkapkan peranti adalah bicu audio 3.5mm, sokongan NFC, serta pengimbas cap jari bawah skrin.

Peranti ini tersedia untuk pasaran Eropah pada harga €319 atau kira-kira RM1469 sebuah. Walau bagaimanapun harga untuk pasaran di sana kebiasaannya lebih mahal berbanding di negara kita atas sebab cukai.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend