Xiaomi Black Shark Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM2,499 Comments Off on Xiaomi Black Shark Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM2,499

Xiaomi Black Shark baru sahaja dilancarkan secara rasmi di China pada pertengahan April yang lepas, dan ia merupakan salah satu peranti keluaran Xiaomi yang sangat mendapat perhatian ramai kerana memfokuskan aspek gaming dengan sokongan spesifikasi yang cukup berkuasa.

Nampaknya ‘kaki games’ di negara ini sudahpun boleh memiliki Xiaomi Black Shark kerana model yang sangat dinanti-nantikan ini sudahpun mula dibawa masuk oleh penjual tempatan dengan harga bermula dari RM2,499 untuk varian 64GB + RAM 6GB. Manakala untuk varian 128GB + RAM 8GB pula akan dijual pada harga RM2,899. Apa yang lebih menariknya, setiap pembelian Xiaomi Black Shark akan turut menerima alat kawalan permainan secara percuma.

Xiaomi Black Shark menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 845, paparan skrin FHD+ dengan nisbah 18:9 berukuran 5.99 inci, bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0, dan tersedia dengan butang dedikasi permainan yang akan mengaktifkan mod prestasi tinggi. Ia juga turut menyokong sistem penyejukan cecair yang berupaya menurunkan suhu CPU sekitar 8°C bagi mengelakkan isu overheating.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend