[Kemas kini] Xiaomi Black Shark Edisi Global Bakal Diperkenalkan Untuk Pasaran Global, Bermula Untuk Pasaran Eropah Comments Off on [Kemas kini] Xiaomi Black Shark Edisi Global Bakal Diperkenalkan Untuk Pasaran Global, Bermula Untuk Pasaran Eropah

Kemas kini artikel:  Melalui sumber yang diperolehi di Internet, Black Shark Edisi Global ini dipercayai sebagai model Black Shark 2 yang sebelum ini pernah tertiris imejnya.

Imej Xiaomi Black Shark 2 Mula Tertiris, Sensor Pengimbas Cap Jari Kini Dipindahkan Ke Panel Belakang

April yang lalu, kemunculan pertama Black Shark untuk pasaran di China telah mendapat perhatian banyak pihak kerana ia merupakan sebuah peranti gaming yang menjanjikan sokongan spesifikasi yang sangat berprestasi tinggi. Walaupun baru-baru ini generasi kedua untuk model itu telah tertiris di Internet, nampaknya Black Shark memiliki perancangan lain untuk peminatnya di seluruh dunia.

Xiaomi Black Shark set AP sebelum ini telah dibawa masuk ke Malaysia oleh penjual tempatan.

Hari ini dalam diam-diam, Black Shark dilihat telah mula mengaktifkan laman sesawang khas iaitu https://global.blackshark.com/ dengan teks “SHARKS APPROACHING. Unleashing Soon.”. Kewujudan laman sesawang ini secara tidak langsung telah mengesahkan kehadiran Black Shark edisi global untuk lebih banyak pasaran.

Menurut sumber, Black Shark edisi global ini akan dibawa masuk ke pasaran Eropah terlebih dahulu dan model ini mungkin akan diperkenalkan di lebih banyak negara pada masa akan datang. Black Shark edisi global ini dipercayai masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini, dan ia mungkin akan hanya menerima sentuhan baharu pada antaramukanya bagi disesuaikan untuk pasaran luar China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend