Xiaomi Black Shark 2 Dilengkapi Bateri Gred E-Sukan Untuk Meningkatkan Kitaran Bateri Sehingga 60% Comments Off on Xiaomi Black Shark 2 Dilengkapi Bateri Gred E-Sukan Untuk Meningkatkan Kitaran Bateri Sehingga 60% 371

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Black Shark 2 dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac nanti di China, dan ia akan disasarkan untuk segmen peranti gaming terbaik dengan sokongan cipset 7nm daripada Qualcomm Snapdragon 855.

Selain menjanjikan prestasi yang lebih berkuasa, Peter selaku CEO Black Shark baru-baru ini turut mendedahkan bahawa peranti generasi baharunya itu akan turut dilengkapi dengan keupayaan bateri yang lebih baik kerana telah dilengkapi dengan bateri gred e-sukan. Menurutnya sistem kimia bateri pada peranti ini telah dioptimumkan untuk meningkatkan algoritma cas dan nyahcas sehingga 60%.

Perkongsian Peter selaku CEO Black Shark di Weibo selepas diterjemahkan.

Sokongan bateri gred e-sukan pada Black Shark 2 dikatakan mampu menjanjikan masa penggunaan yang lebih lama bagi memenuhi keperluan aktiviti permainan yang lebih profesional.

Baca juga:

Xiaomi Black Shark 2 Akan Dilancarkan Pada 18 Mac Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend