Berita Bocor : Xiaomi ‘Berlin’ Peranti Misteri Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 632 Comments Off on Berita Bocor : Xiaomi ‘Berlin’ Peranti Misteri Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 632 469

Baru-baru ini ada satu berita yang menyaksikan Xiaomi bakal hadir dengan satu lagi model terbaru keluarannya yang menggunakan nama kod ‘Berlin’. Sungguhpun begitu, buat masa ini masih belum dapat dipastikan lagi apakah nama sebenar yang akan digunakan oleh peranti misteri ini nanti.

Berita ini telah disahkan melalui gambar screenshot keputusan benchmark AnTuTu yang memperlihatkan keputusan 1155 untuk skor Single-core dan 2738 untuk skor Mutli-core.

Xiaomi Berlin yang dioperasikan dengan Android 7.1.2 Nougat ini turut dikuasakan oleh cip pemproses enam teras terbaru Qualcomm SDM632 Snapdragon 632, dan juga RAM berkapasiti 3GB.

Xiaomi Redmi 5 Plus telah dijual secara rasmi di Malaysia pada awal Februari 2018 yang lalu.

Kemunculan model misteri ini akan disasarkan untuk segmen pasaran kelas pertengahan antara model Xiaomi Redmi 5 Plus (Qualcomm Snapdragon 625) dan juga Xiaomi Redmi Note 5 Pro (Qualcomm Snapdragon 636).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend