Xiaomi Bakal Memperkenalkan ‘Gaming Phone’ Dengan Sokongan Snapdragon 845 Dan RAM 8GB Comments Off on Xiaomi Bakal Memperkenalkan ‘Gaming Phone’ Dengan Sokongan Snapdragon 845 Dan RAM 8GB

*Gambar sekadar hiasan.

Xiaomi sebelum ini pernah dikhabarkan akan memperkenalkan sebuah telefon pintar yang disasarkan untuk para ‘gamers’ dengan perancangannya untuk hadir dengan sebuah gaming phone keluarannya yang pertama.

Setelah beberapa bulan berita itu tersebar, akhirnya ia sudah boleh disahkan hari ini setelah sebuah peranti terbaru keluaran Xiaomi yang tampil dengan kod nama ‘blackshark SKR-A0’ mula kelihatan di AnTuTu. Melalui pendedahan itu, model gaming phone pertama keluaran Xiaomi ini telah mencatatkan skor 2452 untuk single-core, dan skor multi-core pula mencatatkan 8452.

Melalui laman rasmi benchmark AnTuTu itu juga, Xiaomi blackshark SKR-A0 disahkan akan menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 845, memori RAM sebesar 8GB, dan juga dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo. Malah sumber berasingan seperti Slashgear dan juga mysmartprice turut berkongsi bahawa peranti ini akan turut menyokong pilihan ruang storan 128GB/256GB, dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel, kamera hadapan 8 Megapiksel, serta dilengkapi bateri berkapasiti 4000 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend