Xiaomi Bakal Lancar Peranti Pertama Dengan Cipset Snapdragon 730 Tidak Lama Lagi Comments Off on Xiaomi Bakal Lancar Peranti Pertama Dengan Cipset Snapdragon 730 Tidak Lama Lagi

Qualcomm baru sahaja memperkenalkan cipset 8nm pertamanya untuk peranti kelas pertengahan dengan kemunculan Snapdragon 730 dan juga Snapdragon 730G yang dikhususkan untuk peranti gaming. Kini selepas lebih kurang dua minggu cipset itu diumumkan, Xiaomi telah membuat kejutan apabila mengesahkan kehadiran peranti pertamanya dengan sokongan cipset tersebut.

Qualcomm Snapdragon 730
Qualcomm Snapdragon 730G

Berdasarkan tweet yang dikongsikan oleh Manu Kumar Jain selaku CEO Xiaomi India yang juga merangkap Naib Presiden Xiaomi Global, Xiaomi sering bekerjasama dengan Qualcomm dalam menawarkan telefon pintar yang menampilkan cipset yang terbaharu dan terbaik. Malah beliau turut mengesahkan peranti dengan Snapdragon 730 itu akan dilancarkan secara rasmi di India tidak lama lagi.

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada Xiaomi akan menampilkan telefon pintar baharunya dengan sokongan cipset Snapdragon 730 ataupun Snapdragon 730G. Tidak mustahil juga jika Xiaomi mengumumkan lebih daripada satu model dengan menampilkan sokongan kedua-dua cipset tersebut.

Baca juga:

Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend