Xiaomi Bakal Buka Kedai Di Pavilion KL Selain Mula Menjual Mi 8 Lite 0 269

Xiaomi dikhabarkan akan membuka sebuah lagi kedai rasmi di pusat membeli-belah di ibu kota pada minggu ini, 10 November 2018. Pada masa sama mereka juga akan mula menjual Xiaomi Mi 8 Lite untuk pasaran negara ini.

Perkara ini telah disahkan melalui satu jemputan yang mula disebarkan kepada para media tempatan petang tadi. Pembukaan Mi Authorised Store di Pavilion, KL sekaligus menjadikan ia kedai yang ke-7 selepas Sunway Pyramid.

Bagi memeriahkan majlis pelancaran, pihak Xiaomi turut mengundang selebriti tempatan seperti Eka Sharif, Hafreez Adam, Farisha Irish, Thomas Kok, dan Joey Leong.

Orang ramai yang ingin mengunjungi kedai pada hari pelancaran nanti, anda boleh beratur seawal 10.30 pagi untuk mendapatkan hadiah eksklusif bernilai RM138.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend